Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPT tunggu senarai siswa berdemo
Diterbitkan:  Jul 11, 2011 10:54 AM
Dikemaskini: 5:35 AM

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

NONE "Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Shah Alam malam tadi.

Sementara itu Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM.

Bagaimanapun jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja, katanya.

Pada pertandingan itu, pasukan tuan rumah UiTM muncul johan dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 selain piala dan hadiah iringan.

--Bernama

ADS