Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
170,000 di Facebook desak Najib berundur
Diterbitkan:  Jul 13, 2011 3:22 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Petisyen Facebook bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan telah mendapat sokongan daripada 170,000 orang.

bersih rally petaling street 090711 Laman "100,000 People Request Najib Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari yang sama polis menangkap lebih 1,600 orang yang terbabit dalam perhimpunan bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.

NONE Jumlah itu dikatakan terus meningkat dan mencapai 172,868 "likes" pada pagi ini.

Pada perhimpunan aman empat hari lalu, rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa menongkah serangan gas pemedih mata dan menahan dipancut air berkimia daripada meriam air polis.

Ramai yang mendakwa diri mereka dikasari.

"Saya tidak faham mengapa polis perlu memukul dan melepaskan gas pemedih mata,” kata seorang penyokong BERSIH 2.0 Sofie Muhammad di laman itu.

NONE "Orang ramai langsung tidak membaling batu ke arah kedai. Mengapa kerajaan takut? Kami hanya mahu pilihan raya yang bebas.”

Tidak kurang juga yang menyalahkan Najib atas tindakan polis itu.

"Najib mula hilang pengaruh. Beliau tidak memahami keperitan terkena gas pemedih mata dan kesakitan akibat air berkimia ataupun ketika ditendang dan dipukul pleh polis,” kata Longyao Phang dalam tulisannya di blog itu.

[Baca berita penuh]

ADS