Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Ahmad: Tulis penghakiman dalam masa sebulan

Satu bulan merupakan tempoh paling sesuai untuk hakim menulis dan menyampaikan penghakiman mereka, kata bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Idid.

Berucap di majlis pelancaran bukunya 'Writing of Judgments: A practical Guide for Courts and Tribunals ', (Menulis Penghakiman: Panduan praktikal untuk Mahkamah dan Tribunal), Syed Ahmad berkata yang terbaik ialah menyediakan fakta-fakta penting selepas seleasa mendengar perbicaraan.

NONE "Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya ketika minda masih segar. Kemudian anda peruntukkan masa dua minggu untuk menulis draf.

"Kemudian anda ambil masa dua minggu lagi untuk memikirkan semula apa yang anda telah menulis sekiranya tiba-tiba mengubah fikiran.

"Ini kerana anda mungkin memikirkan sesuatu, sebagai contohnya, semasa memandu. Jadi, satu sebulan merupakan tempoh yang sesuai yang anda perlukan untuk menulis penghakiman," katanya.

Bekas hakim itu berkata, isterinya, Datin Noraini Abdullah tahu beliau kadang-kadang berjaga sehingga  jam 2 pagi untuk menulis penghakiman kerana itu masa yang terbaik untuk berbuat demikian.

Syed Ahmad (kiri), yang pernah mengaku menulis surat mendedahkan percutian bekas ketua hakim Negara, Tun Eusoff Chin bersama seorang peguam kanan ke New Zealand, berkata para hakim tidak perlu mengambil masa lama untuk menulis penghakiman mereka.

Ditanya sama ada pada hakim hari ini berdepan dengan kes-kes yang kompleks berbanding dengan sebelum ini, Syed Ahmad berkata semasa berkhidmat, beliau telah mengendalikan kes jenayah, bank dan sekuriti dan juga pertikaian sempadan antarabangsa.

Pada masa ini, terdapat ramai hakim yang mengambil masa yang lama untuk menyediakan penghakiman bertulis, dan ada yang mengambil masa lapan tahun atau lebih dan masih belum menulisnya.

Sesetengahnya membabitkan nyawa di mana ada pesalah yang berdepan dengan hukuman mati. Bagaimanapun, rayuan mereka tidak dapat didengar kerana alasan bertulis belum disiapkan.

Buku ini setebal 234 halaman dan Syed Ahmad mengambil satu  setengah tahun untuk menulis dengan bantuan pembantu penyelidik.

Katanya, beliau telah mengumpulkan pengalaman dari Ketua Hakim di Singapura, Indonesia dan juga hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam menulis buku tersebut.

Beliau bersetuju penghakiman tidak semestinya pandang dalam semua kes, tetapi ia perlu jelas dan padat.

Syed Ahmad berkata para hakim perlu menegakkan undang-undang dan tidak membuat tafsiran yang tidak perlu jika ia sudah jelas di sisi undang-undang.

Beliau merujuk kepada kes ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang didenda RM2,000, sebagai contoh, tetapi enggan mengulas lanjut lagi.

Dalam kes Tian Chua, ahli parlimen PKR dapat mengekalkan kerusi itu walaupun telah didenda RM2,000.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia, telah membuat keputusan muktamad bahawa Chua masih ahli parlimen walaupun Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman denda itu dalam rayuan terakhir ahli parlimen tersebut.

Pelancaran buku tersebut telah dilakukan oleh Ketua Hakim Negara Zaki Azmi. Baca berita penuh

Dalam ucapannya, lapor Bernama , Zaki mengingatkan hakim bahawa penghakiman mereka perlu ditulis secara ringksa dan padat serta jelas bagi memudahkan pihak-pihak dalam kes mahkamah memahami alasan penghakiman hakim serta bagi mahkamah rayuan memahami rasional keputusan mereka.

Sementara itu, Syed Ahmad berkata buku itu bertujuan memberikan panduan dan pengetahuan dan kebolehupayaan untuk menulis penghakiman kepada para hakim khususnya mereka yang baru berkhidmat.

    

Kepada soalan pemberita mengenai terdapat hakim yang menangguhkan menulis penghakiman mereka antara dua tahun hingga lapan tahun, Syed Ahmad hanya berkata Ketua Hakim Negara juga bimbang dengan perkara itu.

ADS