Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, berdasarkan jumlah tidak sampai 100,000 orang  yang sanggup turun ke jalanan bagi menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu membuktikan ia telah gagal.

abdul rahim tamby chik interview 030805 thinking "Saya secara peribadi mengganggap perhimpunan itu gagal, kerana walaupun sasaran mereka untuk mengumpulkan lebih 100,000 lebih, saya fikir paling ramai pun 15,000 sahaja yang hadir," katanya.

Abdul Rahim yang juga pngerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), berkata, meskipun peserta perhimpunan bersih diberi layanan baik, termasuk ketika dalam tahanan, isu berkenaan akan terus dimainkan musuh kerajaan di dalam dan di luar negara.

Malah menurutnya, dakwaan bahawa pihak polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini akan terus dieksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Beliau berkata, ia termasuklah cubaan sesetengah pihak menggunakan rakaman video kononnya menunjukkan kekejaman anggota keselamatan ketika cuba menyuraikan perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

bersih rally 090711 police kick protestor story image "Walaupun rakaman itu bukanlah gambaran keseluruhannya, namun itu sahaja yang mereka tumpukan. Ini pun sudah nampak bahawa mereka berat sebelah.

"Kita pun tahu BERSIH, terutamanya Anwar mempunyai 'sympathiser' di luar sana yang sentiasa ingin melihat kerajaan Malaysia tidak stabil dan kucar-kacir,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketika ditemui selepas majlis Kembara Agung Israk dan Mikraj, anjuran bersama Surau An-Nur Taman Bandar Baru dan Kolej Risda Melaka.

Beliau mengulas laporan Wall Street Journal di dalam laman sesawangnya baru-baru ini, yang mengkritik tindakan kerajaan menangani perhimpunan itu.

NONE Bagaimanapun, dakwaan kekerasan ini telah disangkal pihak polis.

Sehubungan itu, Abdul Rahim, yang juga Pengerusi Risda berkata, rakyat Malaysia perlu bersikap rasional serta membuat penilaian dengan kewarasan fikiran supaya tidak termakan dakyah pihak tidak bertanggungjawab.

"Rakyat, terutamanya generasi muda, perlu tahu menilai mana kaca dan mana intan, serta jangan mudah terpengaruh dengan hasutan mereka ini," katanya.

ADS