Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan dakwaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berhubung kenaikkan mendadak kos Kapal Peronda Pesisir Pantai (OPV).

NONE Menurut Ahmad Zahid kementeriannya baru sahaja memeterai surat hasrat bagi pembelian OPV itu.

“Projek OPV baru letter of intent sahaja, belum ada jumlah yang dipersetujui dan belum ada syarikat prinsipal yang dilantik sepanjang pengetahuan saya.

“(Ini) termasuklah sub-kontraktor yang membekalkan sistem untuk OPV ini.

“Bagaimana Zaid Ibrahim tahu lebih awal sedangkan ia belum muktamad lagi?” soal Ahmad Zahid kepada wartawan selepas mewakili perdana menteri merasmikan Kongres Antarabangsa BioSSD 2011.

Beliau mengulas dakwaan kos OPV yang dikatakan terus naik mendadak yang telah diberikan kepada syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, dengan kemungkinan firma Perancis DCNS dikaitkan bersama.

NONE DCNS adalah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan dua kapal selam kepada kerajaan Malaysia.

Zaid mendakwa kos enam OPV itu naik daripada RM6 bilion kepada RM10 bilion dan berkata pembelian kapal peronda itu itu bagi menjadi satu lagi skandal selepas Scorpene.

Pada 9 Februari lalu, Panglima Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata harga material yang meningkat selain aspek persenjataan dan penderiaan canggih yang dilengkapkan pada enam kapal jenis Littoral Combat Ship (LCS), menyebabkan kos pembinaannya tinggi hingga mencecah RM6 bilion.

malaysia military navy teluk sepanggar naval base sabah 030908 02 Kapal LCS itu sedang dibina oleh Boustead Naval Shipyard di negara ini dengan kerjasama enam limbungan terkemuka dari luar negara itu dan dikatakan mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik berbanding OPV yang digunakan TLDM sekarang.

[Baca berita penuh]

ADS