Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Kedah terus desak PAS tunai manifesto
Diterbitkan:  Jul 20, 2011 6:56 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Umno akan terus menyoal kerajaan PAS Kedah mengenai manifesto parti itu pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 01 Katanya, keengganan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ( kiri ) menjawab soalan mengenai janji-janjinya yang dibuat dalam manifesto menjelang pilihan raya umum yang lalu yang dikemukakan oleh ADUN daripada Umno dan BN menunjukkan beliau takut untuk menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

"Rakyat berhak tahu jawapan terperinci daripada menteri besar dan dia perlu menjelaskan semuanya kepada rakyat yang masih tidak faham mengenai apa yang terkandung dalam buku Kedah Sejahtera (manifesto) itu.

"Kita boleh baca buku itu tetapi jika ada persoalan dan kemusykilan yang timbul, takkan kita nak soalkan kepada buku itu?” katanya kepada pemberita ketika mengulas tindakan Azizan yang enggan menjawab soalan mengenai manifesto dalam sidang dewan itu baru-baru ini.

Antara janji PAS dalam manifesto itu yang didakwa gagal dilaksanakan adalah dalam penyediaan infrastruktur pelancongan baru bagi menarik pelancong asing ke Kedah selain kegagalan kerajaan negeri menarik pelabur baru ke negeri itu.

Kerajaan negeri juga didakwa gagal menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat negeri itu.

Ahmad Bashah berkata, projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil sebenarnya adalah projek kerajaan negeri semasa pemerintahan BN tetapi kerajaan PAS hari ini mengakui projek berkenaan hasil daripada usaha mereka.

- Bernama

ADS