Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

GALERI FOTO

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan kerajaan menangguhkan permohonan habeas corpus enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 sejak 2 Julai lalu.

Mereka yang ditahan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.

azlan Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan tarikh baru 5 Ogos bagi mendengar permohonan itu membolehkan mereka membalas 15 afidavit sokongan tambahan.

Dalam membenarkan kerajaan tempoh masa bagi memfailkan afidavit, Hakim Su berkata beliau tertakluk dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membenarkan pihak-pihak masa bagi menyediakan jawapan afidavit mereka.

Peguam Kanan Persekutuan Othman Yusof, yang mewakili kesemua responden, berkata pihaknya perlu meneliti pelbagai dakwaan dalam afidavit sokongan tambahan yang difailkan antara 18 dan 21 Julai itu.

Peguambela utama Sulaiman Abdullah yang mewakili pemohon, membantah penangguhan itu dan berkata, perbicaraan sepatutnya diteruskan bagi memberi keadilan kepada mereka yang ditahan.

Katanya penahanan enam orang itu tidak wajar kerana mereka ditangkap untuk menghalang daripada terlibat dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai, tetapi walaupun peristiwa itu telahpun berlalu, mereka masih ditahan.

NONE Pada 6 Julai lalu, semua enam pemohon yang termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, 56, memfailkan permohonan dan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden

Yang lain ialah M Sukumaran, 50,  AP Letchumanan, 49, Choo Chon Kai, 33, M Sarasvathy, 58, and R Sarat Babu, 25.

Semua mereka meminta dibebaskan dengan segera.

Sementara itu, kira-kira 100  aktivis, penyokong PSM dan ahli keluarga mereka yang ditahan itu berhimpun di luar pintu masuk Komples Mahkamah Kuala Lumpur.

Mereka hadir untuk memberi sokongan.

Diketuai oleh setiausaha agung PSM S Arutchelvan, kompleks mahkamah bergema apabila mereka melaungkan "Bebas Tahanan" dan "Hidup Rakyat" beberapa kali.

NONE Mereka juga membawa beberapa kain rentang dan poster menuntut keenam-enam mereka dibebaskan.

Turut hadir peguam Haris Ibrahim, ahli jawatankuasa PEMANDU 2.0 Maria Chin Abdullah dan Makcik BERSIH - Anne.

Sebelum berkumpul, PSM juga turut menjual baju T dan lencana merah yang menuntut agar enam pemimpin mereka dibebaskan.

[Baca berita penuh]

ADS