Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MMA gesa bebaskan Jeyakumar
Diterbitkan:  Jul 22, 2011 3:46 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Dr D Jeyakumar, yang sedang ditahan hampir sebulan di bawah Ordinan Darurat, sejak beliau ditangkap pada 2 Julai.

penang psm dinner 181210 jeyakumar devaraj Jeyakumar yang juga ahli PSM dan ahli parlimen Sungai Siput

(kanan) merupakan ahli seumur hidup MMA yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan.

"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, MMA menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan mesej dari ramai ahli kami yang memandangkan berat penangkapan dan penahanan berterusan Dr Jeyakumar," kata Presiden MMA, Dr Mary Suma Cardosa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah Persatuan Perubatan Sedunia (WMA) juga membuat gesaan yang serupa kepada para pemimpin BN.

WMA menggesa perdana menteri supaya menghormati piawaian antarabangsa bagi perbicaraan yang adil dan membebaskan segera semua aktivis atau mendakwa mereka di mahkamah.

Pada 25 Jun lalu, 30 ahli PSM termasuk Jeyakumar ditahan di plaza tol Sungai Dua atas dakwaan "melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong".

Mereka dibebaskan pada 2 Julai, tetapi Jeyakumar dan lima yang lain, ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

[Baca berita penuh]

ADS