Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'BERSIH bertanggungjawab atas kematian Baharuddin'
Diterbitkan:  Jul 23, 2011 10:17 PM
Dikemaskini: 2:20 PM

Keluarga Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan B9 Julai lalu seharusnya menuntut maaf daripada BERSIH 2.0 serta penganjur dan pemimpin Pakatan Rakyat, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.

kayveas ppp pc 120308 straight Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata BERSIH  yang harus meminta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya tidak saja terhadap Allahyarham Baharuddin, tetapi juga sesiapa saja yang cedera dan mengalami penderitaan akibat perarakan haram itu.   

"Apa jua yang berlaku, adalah kerana kedegilan BERSIH. Apa yang BERSIH lakukan tidak menguntungkan sesiapa, kecuali memburukkan nama negara yang kita cintai ini," katanya.

Kayveas berkata, BERSIH (Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil), yang disokong oleh 62 NGO, termasuk parti-parti pembangkang berdegil mengajak orang ramai yang tidak berdosa keluar ke jalan-jalan raya dan menghasut mereka agar tidak menghiraukan nasihat kerajaan supaya tidak menyertai perarakan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS