Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan boleh memilih bagi tidak mengendahkan MIC dengan membiarkan BN menanggung risikonya.

MIC 65th AGM pwtc crowd picc Ini kerana, kata Palanivel semasa ucapan dasarnya pada mesyuarat agung tahunan ke-65 parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), permintaan untuk bantuan bagi masyarakat India akan memberi kesan kepada sokongan 850,000 undi masyarakat India.

"BN harus sedar tentang masalah masyarakat kami kerana jika tidak berhati-hati kita mungkin dalam bahaya hilang kedudukan dalam politik di negara ini.

"Jika PM (Datuk Seri Najib Abdul Razak) boleh penuhi (permintaan kami), kami beri jaminan undi masyarakat India akan kembali kepada BN,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh ahli MIC.

Palanivel berkata walaupun rancangan serta program yang diperkenalkan kerajaan adalah baik, tetapi ada kalanya ia tidak sampai kepada kumpulan yang amat memerlukannya atau kumpulan sasaran.

Dipinggirkan

"Apabila sesuatu rancangan tidak sampai kepada kumpulan sasaran, mereka berasa dipinggirkan," katanya.

MIC 65th AGM pwtc crowd 2 picc Beliau berkata MIC sedang membina sebuah "Kenderaan Pelbagai Guna" yang akan melonjakkan pembangunan ekonomi masyarakat India.

Justeru, bagi menjayakannya, Palanivel berkata parti itu memohon beberapa bentuk bantuan daripada kerajaan seperti peruntukan 20,200 hektar tanah untuk tanaman kelapa sawit dan komoditi lain serta pembinaan sebuah kilang memproses minyak sawit berharga RM60 juta.

MIC juga memohon tambahan 1,000 tempat dalam peruntukan tahunan untuk membolehkan pelajar kaum India mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, katanya.

"Kami memerlukan dana daripada kerajaan untuk tujuan ini dan sektor swasta bersedia menyediakan tempatnya. Pembiayaan besar juga diperlukan untuk membina dan mengubah suai sekolah Tamil di seluruh negara," katanya.

Berprofil tinggi

Palanivel juga mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa berprofil tinggi untuk menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi masyarakat India.

Katanya, jawatankuasa itu perlu dianggotai perancang, pemikir, penggubal dasar dan kumpulan pakar.

"Jawatankuasa ini mestilah mempunyai para pemimpin MIC sebagai anggotanya. Program yang dilaksanakannya pula perlu mampu memikat hati dan minda masyarakat India," kata Palanivel.

Mesyuarat yang dirasmikan perdana menteri itu turut dihadiri bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

[Baca berita penuh]

ADS