Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Rosti letak jawatan NC Unisel
Diterbitkan:  Aug 2, 2011 8:29 PM
Dikemaskini: Aug 3, 2011 12:32 AM

Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

    

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

    

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

    

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.  

 

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan  jawatan itu pada Julai 2008.

    

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

    

- Bernama

ADS