Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengundi PR: DAP dakwa wujud 'konspirasi'
Diterbitkan:  Aug 3, 2011 12:56 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Walaupun kerajaan masih belum memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa penduduk tetap (PR) diberi hak mengundi, DAP memberi amaran bahawa BN didakwanya akan secara terang-terang menipu untuk menang, dan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai "pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia".

dap 2010 budget rocket cafe 071009 tony pua 01 Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua (kanan) mendakwa,

laporan Malaysiakini hari ini membayangkan kemungkinan wujudnya 'konspirasi' antara BN, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menipu untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Tony mendakwa, khabar angin tersebar meluas bahawa sejak beberapa bulan lalu yang BN mendaftarkan pekerja asing dan penduduk tetap sebagai pengundi untuk pilihan raya umum akan datang

"... bagaimanapun, laporan Malaysiakini semalam yang menyediakan bukti kukuh bahawa penduduk tetap asing telah diberi hak mengundi di Malaysia.

"Apa yang mungkin lebih mengejutkan ialah dalam tempoh empat jam sahaja, status pengundi baru yang diragui, telah dengan serta-merta berubah - daripada penduduk tetap kepada warganegara dalam pangkalan data JPN.

"Pada dasarnya, rakyat asing ini mula-mula mendapat (status) penduduk tetap, kemudiannya mereka menjadi pengundi dan seterusnya diberikan kewarganegaraan," dakwa Pua.

[Baca berita penuh]

ADS