Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Unisel terima perletakan jawatan Rosti
Diterbitkan:  Aug 3, 2011 6:26 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi meneliti permasalahan dalam pengurusan Universiti Selangor (Unisel ) berhubung perletakan jawatan secara mengejut oleh naib canselornya, Datuk Rosti Saruwono.

NONE Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan khas itu  akan dikemudi oleh tiga individu yang berkelayakan bagi memastikan Unisel terus berkembang maju.

“Bagi memastikan peletakan jawatan ini tidak menggangu pembangunan UNISEL dan usaha menjadikan universiti tersebut sebagai salah satu universiti terbaik Malaysia, Kerajaan Negeri telah memberi tugasan kepada sebuah jawatankuasa.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada Datuk Muhamad Zohadie  Bardaie,  Datuk dnan Alias dan  Datuk Mohamed Ariffin Aton.

“Semua mereka ini ahli lembaga pengarah Unisel,” katanya dalam satu kenyatan akhbar.

Menurut Abdul Khlaid, ketiga-tiga mereka yang dilantik itu mempunyai kelulusan akademik yang sesuai bagi melihat pembangunan universiti itu dan  juga mempunyai pengalaman pentadbiran organisasi-organisasi yang lebih besar daripada Unisel.

"Exco juga diberitahu mengenai penubuhan pasukan khas untuk selesaikan perkara yang berlaku di Unisel.

"Oleh sebab itu saya akan membuat perbincangan dengan tiga individu tersebut bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu dibuat untuk menentukan Unisel akan terus berkembang setanding dengan mana-mana universiti di dalam negara," katanya.   

universiti industri selangor unisel Rosti meletak jawatan sebagai naib canselor dengan notis 24 jam berkuat kuasa hari ini.

Beliau didakwa sebagai berkata tindakan meletakkan jawatan itu kerana tidak sanggup memecat tiga pegawai Unisel  yang diarah meletakkan jawatan.

Mereka adalah pegawai pendaftar, Rokmaa Mat, dekan fakulti perniagaan, Profesor Khalifah Othman dan pengarah pemasaran dan komunikasi koporat, Halid Hasbullah.

Mengulas hal tersebut, Khalid berkata perkara itu telah dibincangkan lebih awal bersama Naib Canselor dan tiga Timbalan Naib Canselor.

 

“Dr Rosti terlibat dalam perbincangan ini dan beliau tahu keputusan yang telah dibuat. Malah beliau juga telah menandatanganinya,” katanya.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai timbalan presiden bahagian pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai naib canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Profesor Datuk Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

"Saya ingat dalam mana-mana institusi politik dalaman mesti ada, tetapi walau apapun, kerajaan negeri bersetuju menerima peletakan jawatan beliau, kita tidak ada halangan untuk perkara ini. Sebab itu adalah keputusan beliau," kata Abdul Khalid.

ADS