Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis rampas buku nota wartawan Malaysiakini
Diterbitkan:  Aug 4, 2011 11:20 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Polis merampas buku nota wartawan Malaysiakini berdasarkan laporan berita yang disiarkan oleh portal berita itu berhubung dakwaan timbalan presiden PAS Mohammad Sabu bahawa motosikal yang diboncengnya dirempuh oleh kenderaan polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

NONE Buku nota berkenaan diserahkan kepada anggota polis dari ibu pejabat polis Brickfields di luar bangunan pejabat Malaysiakini di Bangsar semalam.

Polis menggunakan Seksyen 51(1) Kanun Acara Jenayah yang membenarkan mahkamah atau mana-mana anggota polis mendapatkan dokumen yang difikirkan perlu dengan tujuan menjalankan siasatannya.

Pada 2 Ogos lalu, wartawan Malaysiakini juga diarahkan ke balai polis Petaling bagi merakamkan kenyataannya berhubung perkara yang sama.

Antara soalan yang diajukan ialah sama ada wartawan berkenaan mengenali mana-mana rakannya yang menulis berita seumpama itu yang boleh disoal oleh polis.

NONE Pada 22 Julai lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid ( kiri ) berkata timbalan presiden PAS itu boleh dikenakan tindakan berhubung ‘laporan palsu’ yang dibuatnya itu.

Mohamad pada sidang akhbarnya pada 11 Julai mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Akibat kejadian itu, beliau terpaksa berkerusi roda dan memberitahu doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan semasa pembedahan pada 15 Julai lalu.

[Baca berita penuh]

ADS