Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiket kereta api masih ada
Diterbitkan:  Aug 4, 2011 7:26 PM
Dikemaskini: 11:27 AM

Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket kereta api bagi perjalanan ke Utara, Selatan dan Tengah bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) hari ini, bagi perjalanan 20 Ogos hingga 2 September, masih terdapat baki 44,183 tiket yang boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.

Tiket untuk perjalanan ke sektor Pantai Timur dari 26 hingga 29 Ogos telah pun habis dijual dan sebarang penambahan koc bagi laluan itu akan diumumkan pertengahan bulan ini.

Selain itu, tiket bagi laluan lain yang telah pun habis dijual ialah laluan Kuala Lumpur-Hat Yai-Kuala Lumpur; Kuala Lumpur-Tumpat; Singapura-Tumpat; dan Singapura-Butterworth. Kesemua laluan itu ialah bagi perjalanan 24 hingga 29 Ogos.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1-300-88-5862.

 - Bernama

ADS