Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tee Boon Hock tanding ketua Kampung Pandamaran
Diterbitkan:  Aug 7, 2011 5:03 PM
Dikemaskini: Aug 8, 2011 12:40 AM

Tee Boon Hock - yang telah disingkir daripada DAP - bertanding jawatan ketua kampung Pandamaran yang menyaksikan perebutan enam penjuru - dalam usahanya untuk meneruskan karier politiknya.

pandamaran village nomination 070811 tee boon hock "Saya berharap penduduk kampung akan memberi keadilan kepada saya. Jika mereka menolak saya, ia boleh menyebabkan berakhirnya karier saya," umum bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu yang berpakaian baju-T kuning dengan potretnya dan slogan meminta penduduk mengundi beliau.

Tee (kanan) dipecat daripada menjadi ahli MPK, dan kemudiannya sebagai ahli DAP tahun lepas, selepas didapati bersalah memalsukan kepala surat bekas pegawai atasannya, Ronnie Liu untuk mendapatkan kontrak MPK untuk anaknya.

Sehingga hari ini, Tee tetap mengatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Mereka tidak membuktikan bahawa saya mencuri kepala surat itu, mereka hanya berkata saya terlibat," dakwanya.

Calon lain termasuk penyandangnya Yap Hock Siew, aktivis sosial Yap Kim Huat, ahli DAP Tee Kim Huat, ahli PKR dan calon wanita tunggal Low See Mee, dan seorang penyelia pasaran, Tan Yu Tiam.

Tarikh pengundian ditetapkan Ahad depan di Stadium Pandamaran dan dewan JKKK.

[Baca berita penuh]

 

ADS