Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Susulan hutang AS: Pasaran utama Asia merudum
Diterbitkan:  Aug 9, 2011 11:16 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Pasaran saham Asia terus turun mendadak awal hari ini menyebabkan pelabur bimbang kelembapan ekonomi global akan mempengaruhi pasaran.

Bursa Malaysia stock market economy Di Tokyo, indeks Nikkei 225 Jepun jatuh 4.8 peratus kepada 8,662.30 mata pada sesi pagi.

Manakala indeks Hang Seng Hong Kong menjunam kepada 18,981.55 mata.

Sementara itu, penanda aras indeks S&P/ASX-200 Australia jatuh 4.9 peratus kepada 3,790.50 mata.

Di Taiwan, TAIEX susut 4.9 peratus manakala indeks NZX 50 New Zealand menyusut 3.7 peratus.

Kejatuhan yang dicatatkan di papan utama Wall Street semalam mempengaruhi dagangan hari pertama agensi Standard & Poor untuk mengurangkan hutang Amerika Syarikat.

- AP

ADS