Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yap: Skim pemilikan rumah di S'gor hanya umpan politik
Diterbitkan:  Aug 9, 2011 4:34 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

MCA Selangor menyifatkan skim pemilikan kediaman persendirian yang diperkenalkan kerajaan PKR Selangor bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, sebagai satu umpan politik semata-mata.

NONE Ketua Penerangannya Datuk Yap Pian Hon mendakwa kerajaan negeri mengaburi mata rakyat dengan mengatakan mereka boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membuat bayaran RM1,000 menerusi skim itu, sedangkan mereka perlu menjelaskan bayaran premium tinggi untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah.

"Mengikut siasatan kami, penduduk di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, yang menetap di tanah seluas 4,239 kaki persegi (393.8 meter persegi) dikenakan bayaran RM1,000 untuk memiliki 'land title' sahaja dan mereka langsung tidak diberitahu mengenai bayaran premium tanah RM30,978 untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

"Ini sangat keterlaluan sebab kalau ikut pentadbiran BN terdahulu, penduduk hanya dikenakan 50 sen bagi setiap kaki persegi bagi tanah seluas lebih 4,000 kaki persegi (371.6 meter persegi), dan ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM2,000 sahaja untuk perbaharui tempoh pajakan sehingga 60 tahun.

azlan "Kadar pengiraan formula ini pula dibatalkan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor yang dikeluarkan mengenai garis panduan skim baru ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Yap berkata rakyat Selangor terpaksa menjelaskan bayaran premium mengikut harga pasaran semasa melalui skim itu jika hartanah mereka dipindah milik atau dijual.

Katanya ini tentu membebankan golongan miskin terutamanya di kawasan Kampung Baru kerana mereka akan berhadapan masalah melunaskan bayaran premium tinggi disebabkan nilai hartanah yang sentiasa meningkat.

Yap turut melahirkan rasa kesalnya dengan pekeliling itu berhubung garis panduan skim pemilikan kediaman persendirian yang dikatakan tidak mempertimbangkan rayuan penduduk untuk mengurangkan bayaran premium bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah.

NONE Pekeliling itu antara lain memberi kuasa kepada pentadbir tanah daerah untuk membuat penolakan awal sebarang permohonan rayuan pengurangan premium yang diterima, tanpa perlu mengemukakan permohonan untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri.

"Ini jelas menunjukkan kerajaan PKR Selangor menidakkan hak asasi rakyat untuk merayu," kata Yap.

Yap, yang juga Ketua Penerangan BN Selangor, turut kesal dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan negeri baru-baru ini berhubung proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri.

Beliau berkata antara syarat ditetapkan adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak boleh bertanding bagi jawatan itu yang sekaligus menidakkan sumbangan warga emas yang memajukan penempatan Kampung Baru Cina di Selangor.

- Bernama

ADS