Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Kedah dibenar keluar IJN beberapa hari lagi
Diterbitkan:  Aug 9, 2011 5:06 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin beransur baik dan beliau dijangka dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara beberapa hari lagi.

"Datuk Seri mungkin dibenarkan keluar dalam masa dua atau tiga hari lagi. Beliau tidak buat sebarang pembedahan dan hanya jalani imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain sahaja," kata Pegawai Khas beliau, Muzaini Azizan hari ini.

Katanya Azizan kini dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing.

- Bernama

ADS