Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini meminta penceramah terkenal Dr Muhammad Uthman El-Muhammady supaya tidak "berdolak-dalik" berhubung undangan berdialog berhubung isu Wahabisme dan terorisme.

NONE "Dalam surat (undangan) kita tidak sebut sama ada tertutup atau terbuka. Kita tak sebut tarikhnya.

"Kita kata dia boleh pilih tarikhnya sepanjang bulan Ramadan ini. Kita dah beri 'cek kosong' kepada dia," kata Dr Juanda ( kiri ).

"Kita ajak dia berdialog, tak perlulah beri jawapan falsafah."

Semalam, Dr Uthman dilapor menafikan menolak undangan dialog Dr Juanda susulan pembentangan kontroversinya dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Sebaliknya, Uthman berkata, beliau mahu dialog itu diadakan secara tertutup dengan penganjurannya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dihadiri pakar yang turut dipilih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Persidangan pakar

Dr Uthman ( bawah ) berkata, isu itu tidak patut dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara dan boleh menggugat hubungan baik antara negara.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berkata, walaupun tidak disebut secara jelas bahawa Dr Uthman menolak undangan itu dalam suratnya, kesimpulan itu dapat dibuat berdasarkan "alasan-alasan yang diberikan".

"Maksudnya begitulah," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau juga menegaskan sangat berharap dialog itu akan menjadi kenyataan kerana pihaknya berniat baik dan tidak mempunyai sebarang prejudis terhadap Dr Uthman.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kenyataan terbaru Dr Uthman itu seperti penuduh yang "meletakkan pengadil sendiri dan membuat keputusan sendiri".

Malaysiakini difahamkam, Dr Uthman dalam surat balasannya meminta jabatan mufti Perlis memohon Jakim dan MKN untuk mengadakan "persidangan pakar" bagi menangani "kebocoran rahsia" dan menyelesaikan masalah salah tanggap.

Beliau dikatakan tidak memberikan jawapan jelas sama ada menolak atau menerima undangan itu.

ADS