Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Larangan kepada anggota exco supaya tidak membuat kenyataan berhubung kontroversi melibatkan serbuan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya masih berkuatkuasa, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya arahan itu turut tertakluk kepada Datuk Hasan Ali yang turut hadir dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Khalid berkata Hasan juga tidak boleh membuat kenyataan berkenaan atas kapasiti sebagai ahli politik.

"Tidak, dia pertama sekali seorang exco. Tapi (larangan ini) tidak melibatkan individu persendirian yang lain, boleh (beri kenyataan).

"NGO atau (anggota) parti politik (boleh beri kenyataan)," katanya lagi dalam sidang media yang turut disertai dua orang anggota exco -- Yaakob Sapari dan Ronnie Liu.

Selain itu, arahan berkenaan juga tertakluk ke atas pegawai kerajaan dan jabatan kerajaan, kata Khalid lagi.

Ketika ditanya, Khalid juga enggan mendedahkan penjelasan yang diberikan oleh Hasan dalam pertemuan berkenaan.

Beliau memberi alasan, exco berkenaan telahpun dilarang daripada membuat kenyataan berhubung perkara itu.

Tambahnya, beliau sendiri akan membuat ulasan berhubung serbuan tersebut selepas melihat penjelasan terperinci daripada pihak JAIS.

"Kalau betul atau tak betul (saya akan jawab) lepas dapat semua fakta itu," katanya lagi.

ADS