Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Selepas serbuah ke sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta berhati-hati menangani isu penyebaran agama Kristian terhadap orang Islam.

musa awang syarie lawyers association pgsm Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang ( kiri ) berkata, jika tidak berhati-hari, ia berpotensi menjadi "isu lain".

"Kita kena waspada dengan dakyah pihak (agama) lain," ketika ditanya tentang nasihat NGO itu kepada JAIS dalam keadaan isu itu semakin panas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Musa berpendapat kes itu amat bergantung kepada 12 orang saksi beragama Islam yang diminta membantu siasatan tetapi dilaporkan gagal hadir ke sesi itu.

"Sekarang JAIS kena pastikan 12 orang ini dapat hadir ke mahkamah. Silapnya dulu tak tangkap terus (ketika pemeriksaan), tetapi dilepas," katanya.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap ke atas 12 individu yang hadir dalam majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kerana tidak seorang pun yang hadir.

azlan Ditanya tentang tanggapan sesetengah pihak yang meragui asas serbuan JAIS kerana belum mendedahkan sebarang bukti, Musa tidak bersetuju jabatan itu melayan permintaan sebegitu.

"Ia pasti akan mengganggu proses siasatan," katanya.

Berhubung tiadannya siasatan terhadap gereja itu, Musa menjelaskan bahawa JAIS tidak mempunyai kuasa menyiasat individu bukan Islam sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa polis.

ADS