Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham : Ubahsuai biometrik hanya pada skala kecil

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein menolak dakwaan peralatan pengimbas biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P mendaftarkan pendatang asing di negara ini bermasalah.

hishamuddin hussein keeping mum Katanya, meskipun, pihaknya mengakui terdapat kes terpencil di mana syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan itu tetapi perkara itu tidak wajar diberi ‘perhatian utama’.

"Sudah tentu ada kes ubah-suai dan kerosakan, tetapi saya tidak fikir ia adalah kebimbangan utama kerana 1,928,000 adalah jumlah yang besar dan anda boleh bayangkan, menjelang akhir hari ini, mungkin bilangan itu akan melebihi dua juta," katanya berkata selepas mempengerusikan mesyuarat pengarah-pengarah imigresen di Putrajaya.

Menurut Hishamuddin, jika benar sejumlah besar peralatan pengimbasan telah diubahsuai maka adalah mustahil bagi pihak berkuasa mendaftarkan lebih 1.9 juta pekerja asing sejak program itu dilancarkan pada 13 Julai lalu.

azlan Pandangan Hishammuddin itu bercanggah dengan kenyaan Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim yang dipetik Bernama sebagai berkata bahawa 600 unit pengimbas biometrik telah diubahsuai dan tidak lagi memenuhi spesifikasi kerajaan.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

[Baca berita penuh]

ADS