Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas ketua pegawai operasi (COO) Pempena, Mohamad Rosly Selamat dan bekas pengawal kewangannya, Lim Khing Tai hari ini dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM169,770.

NONE Mereka dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tanpa dipanggil untuk membela diri.

Hakim Rozana Ali Yusof berkata setelah meneliti fakta-fakta, mahkamah mendapati kedua-duanya bertindak dengan cara yang sepatutnya dan mereka mengikut arahan pegawai atasan mereka, termasuk menteri pelancongan.

Katanya, terdapat juga bukti dari saksi, Ummi Hafilda Ali, bahawa wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan mereka sendiri.

Tambahnya, terdapat bukti bahawa urusniaga dan cek tersebut ditandatangani dengan cara yang terbuka dan telus.

Berikutan itu, katanya, mahkamah membebaskan kedua-dua mereka daripada tuduhan tersebut tanpa dipanggil membela diri.

[Baca berita penuh]

ADS