Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemutihan PATI dilanjut hingga 31 Ogos
Diterbitkan:  Aug 20, 2011 9:02 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan seminggu sehingga 31 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berikutan sambutan berterusan daripada majikan dan pendatang tanpa izin (PATI) di semua kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu.

Dalam kenyataan di Putrajaya hari ini, Mahmood berkata lanjutan itu juga dibuat selepas mengambil kira inisiatif beberapa syarikat pengurus yang turun ke ladang-ladang di kawasan pedalaman untuk memujuk PATI supaya berdaftar.

Menurutnya, proses memujuk dilaporkan mengambil sedikit waktu dan hanya beberapa hari kebelakangan ini sahaja mereka bersetuju memberikan kerjasama.

"Justeru itu, jika lanjutan tarikh tidak dibuat, sebahagian besar daripada mereka ini tidak akan sempat didaftarkan, sekaligus menjejaskan capaian maklumat yang ingin kita perolehi menerusi program ini," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa semua majikan dan PATI supaya mengambil kesempatan daripada tempoh lanjutan ini untuk keluar berdaftar kerana tempoh pendaftaran tidak akan dilanjutkan selepas 31 Ogos ini.

Setiap PATI yang berdaftar melalui syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakkan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini.

--Bernama

ADS