Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Cadangan oleh beberapa NGO akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

Menteri di Jabatan Pedana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, bagaimanapun, enggan mengesahkan sekiranya cadangan-cadangan itu datang daripada gabungan pilihan raya bersih dan adil, atau lebih dikenali sebagai BERSIH 2.0.

NONE "Kita telah membincangkan secara terperinci mengenai rangka kerja itu. Kami juga bersetuju dengan apa yang telah dicadangkan oleh kandungan memorandum yang diberikan oleh pelbagai NGO supaya pembaharuan pilihan raya dimasukkan ke dalam rangka kerja.

"Kandungan itu membabitkan rangka kerja, termasuk lapan perkara yang dibangkitkan oleh NGO itu," kata Nazri.

Ditanya sama ada NGO yang dimaksudkan itu termasuk daripada BERSIH 2.0, Nazri cuba mengelakkan soalan itu dan hanya berkata: "Saya pasti beberapa daripada NGO itu adalah pertubuhan yang sah”.

Selepas bermesyuarat dengan perwakilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk lebih satu jam hari ini, Nazri berkata mereka telah memutuskan bahawa tanggungjawab menggalur rangka kerja berkenaan akan diserahkan kepada SPR sebelum ia dibentangkan kepada kabinet.

"Sebaik sahaja diluluskan, rangka kerja yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS