Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JAIS: Lewat siasat sebab saksi enggan kerjasama
Diterbitkan:  Aug 25, 2011 6:29 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan bahawa kelewatan melengkapkan siasatan berhubung isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kerana terdapat saksi yang enggan memberikan kerjasama.

“Bagaimanapun tindakan sedang diambil melalui proses undang-undang agar kenyataan saksi dalam kes ini direkodkan,” kata pengarah jabatan itu Marzuki Hussin.

azlan Marzuki memberi jaminan akan menuduh mana-mana pihak sekiranya cukup keterangan yang menepati keperluan intipati seksyen kesalahan yang disiasat.

JAIS juga, katanya, boleh mengambil tindakan lain bersesuaian dengan hasil penyiasatan.

“Pihak kami tidak mahu mengambil tindakan yang terburu-buru kerana dikhuatiri ini akan mengakibatkan penyiasatan tidak dapat dijalankan secara menyeluruh dan terperinci,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Marzuki menegaskan siasatan yang dijalankannya telus, tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Ia juga, menurutnya mengambilkira kepentingan semua pihak terlibat bagi memastikan keadilan tercapai.

“Pihak JAIS juga mengambil kira sensitiviti kes ini terhadap masyarakat di negara ini dan perlu sentiasa memastikan sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengambil kira kepentingan agama, masyarakat dan individu yang terlibat dalam kes ini,” katanya.

ADS