Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tentang PPSMI dikembalikan semula
Diterbitkan:  Aug 29, 2011 10:25 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

PAS menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun cadangan atau tindakan bagi mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Ini kerana menurut pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik, rata-rata kajian mendapati PPSMI gagal memajukan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak terutama di luar bandar.

muhyiddin yasin and ppsmi english language education “Apatah lagi kita boleh mengatakan bahawa, keciciran (di kalangan pelajar) telah begitu banyak dan begitu meluas sekali kerana akibat daripada PPSMI ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini .

Beliau merujuk tuntutan oleh The Parent Action Group For Education (PAGE), baru-baru ini yang meminta satu pertemuan dengan jemaah menteri bagi menerangkan rasional mengapa tuntutan itu dibuat.

“Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini, dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak PAGE ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepada PPSMI,” kata Abu Bakar.

gantang by election 020409 pas ppsmi leaflet 01 “Tetapi apabila PAGE melalui presidennya Datuk Noor Azimah (membuat kenyataan), kita menganggapkan ini satu perkara yang luarbiasa, satu perkara yang baru yang mendatang, yang menurut kenyataannya dia mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa.

Menurut beliau, pendirian PAS itu berasaskan keputusan bersama dengan gabungan lebih 80 NGO dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang mengadakan demostrasi besar-besaran sehingga memaksa kerajaan mengembalikan semula polisi pembelajaran yang asal, bermula tahun 2012.

“Kemudiannya, kerajaan membuat pengubahsuaian dalam erti-kata memperteguhkan (memantapkan) bahasa Inggeris dan memperkasakan (memartabatkan) bahasa Melayu.

“Walaupun PAS berpandangan, ia suatu keputusan yang kurang jelas, pada umumnya kita menganggap bahawa ia adalah sesuatu ubah-suai di atas keperluan yang dihajatkan oleh rakyat bagi membasmi PPSMI dan PPSMI tidak akan diteruskan sama sekali, walaupun ada keinginan untuk perbaiki bahasa Inggeris dalam konteks yang lain,” katanya.

anti ppsmi rally 070209 rally 02 Justeru, menurut Abu Bakar adalah pelik apabila PAGE mendakwa bahawa mereka mempunyai bukti serta sokongan.

Namun menurut Abu Bakar, PAS bersedia mengadakan pertemuan dengan PAGE bagi mendengar alasan kumpulan itu.

“Kita mahu mendengar alasan mereka, namun begitu dari segi untuk mendesak kabinet supaya membolehkan PPSMI dikembalikan, kita menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun.

“Tetapi dengan PAGE kita mahu mendengar daripada mereka apa alasan yang mereka hendak bawa kepada kabinet tentang perkara ini,” katanya.

ADS