Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yoshihiko Noda sah PM baru Jepun
Diterbitkan:  Aug 30, 2011 4:43 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Yoshihiko Noda dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun keenam dalam tempoh lima tahun dengan misi besar untuk memulihkan negara berkenaan daripada bencana alam, krisis nuklear dan meningkatkan tahap ekonomi.

Beliau menggantikan Naoto Kan yang hanya memegang jawatan selama 15 bulan. Kabinetnya meletak jawatan pagi ini bagi memberi laluan kepada Noda, bekas Menteri Kewangan dilantik sebagai Perdana Menteri baru.

Noda, 54 - yang menewaskan empat pencabar dalam Parti Demoktratik Jepun untuk mengetuai parti itu dalam undian, semalam dijangka memilih barisan Kabinet baru dan pemimpin kanan parti itu dalam sedikit masa lagi.

Noda, dilihat sebagai pemimpin konservatif fiskal, berdepan pelbagai masalah termasuk bagaimana untuk membiayai proses pemulihan Jepun selepas dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, krisis nuklear yang masih berlarutan dan langkah untuk mengukuhkan mata wang di pasaran antarabangsa.

 - AFP

ADS