Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan yakin CEO MRT Co mampu laksana tugas: Husni
Diterbitkan:  Sep 1, 2011 4:42 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Kerajaan yakin MRT Co yang akan dipimpin Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Abdul Hamid mampu melaksanakan tugas membina infrastruktur berskala besar berdasarkan kepakaran dan kecekapan pengurusannya.

husni eon bank function 120310 ahmad husni Menteri Kewangan Dua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( kiri ) berkata melalui MRT Co kerajaan dapat memfokuskan projek infrastruktur berskala besar dan tersusun di sekitar bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

"Kerajaan berharap projek yang dikendalikan MRT dapat meningkatkan lagi keadaan infrastruktur di negara ini sekaligus memberi keselesaan kepada rakyat dan membantu mengembangkan sektor lain," katanya kepada pemberita sempena Hari Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Jalan Sukun, Sungai Rokam dekat Ipoh, hari ini.

Azhar dijangka melaporkan diri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak selaku Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Dua minggu depan bagi memulakan tugas barunya di MRT Co.

azhar abdul hamid 290811 Beliau adalah bekas Pengarah Urusan Sime Darby yang dikatakan mempunyai rekod cemerlang ketika memimpin syarikat perladangan itu.

Ahmad Husni berkata pelantikan Azhar ( kanan ) amat sesuai berdasarkan pengalamannya mencemerlangkan prestasi perniagaan Sime darby bagi tempoh tahun 2006 hingga 2010.

MRT Co, syarikat kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan, akan menjadi pemilik projek dan aset kepada projek MY Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT), berkuatkuasa 1 Sept.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS