Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV
Diterbitkan:  Sep 5, 2011 8:59 AM
Dikemaskini: 7:32 AM

Tembakan yang membunuh jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan jurukamera  TV3 dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU), lapor media Barat dan Afrika.

somalia soldiers on truck 1 "Fakta sekarang agak kabur, saya bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan.

"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati bertindak melulu, " lapor New York Times yang memetik komander tentera pengaman AU Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang di sebalik kejadian Jumaat lalu itu.

noramfaizul mohd nor Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau  menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan dijanjikan laporan penuh oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed sebaik sisatan selesai.

Pembangkang, keluarga allahyarham dan anggota NGO sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan mencukupi kepada kumpulan wartawan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan.

Wartawan terlibat memaklumkan mereka tidak dibekalkan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya di zon pertempuran.

najib bernamatv cameraman 040911 Najib pula pada sidang akhbarnya semalam berkata, kini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV itu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan).

"Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tetapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS