Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Istana: Cukai jalan kereta bekas Sultan hal SPRM-JPJ

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata isu melibatkan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan milik bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra merupakan hal di antara pelanggan berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Namun, memandangkan Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perkara berkenaan kini "di antara SPRM dengan JPJ," katanya lagi.

"Tuanku dulu sihat, jadi mungkin tuanku sendiri boleh uruskan semasa tuanku masih jadi Sultan. Tapi sekarang ini mungkin ada prosedur yang JPJ perlu tengok," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mengulas dakwaan Tengku Muhammad Fakhry sebelum ini bahawa terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan cukai jalan bagi empat buah kereta berkenaan tidak dapat diperbaharui, Abdul Halim berkata pihaknya tidak mengetahui perkara itu.

"Perkara itu dilapor kepada SPRM sekarang, jadi SPRM yang kena siasat. Pejabat kita tidak ada maklumat," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata kenderaan berkenaan tidak pernah berdepan masalah seperti itu ketika Sultan Ismail Petra masih menjadi Sultan Kelantan.

"Saya rasa dulu taklah timbul hal-hal cukai jalan ini dengan JPJ. Saya rasa JPJ ada peraturan yang perlu dipatuhi bila hendak daftar.

"Tuanku dulu sihat, jadi mungkin tuanku uruskan sendiri. Kalau dulu tuanku jadi sultan mungkin ada prosedur (tertentu) yang perlu dipatuhi.

"(Dari segi) prosedur kena patuhi dokumen dan benda yang disenarai. Mungkin benda itu mesti diteliti," katanya lagi.

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata isu melibatkan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan milik bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra merupakan hal di antara pelanggan berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Namun, memandangkan Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perkara berkenaan kini "di antara SPRM dengan JPJ," katanya lagi.

"Tuanku dulu sihat, jadi mungkin tuanku sendiri boleh uruskan semasa tuanku masih jadi Sultan. Tapi sekarang ini mungkin ada prosedur yang JPJ perlu tengok," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mengulas dakwaan Tengku Muhammad Fakhry bahawa terdapat unsur sabotaj sehingga menyebabkan cukai jalan bagi empat buah kereta berkenaan tidak dapat diperbaharui, Abdul Halim berkata pihaknya tidak mengetahui perkara itu.

"Perkara itu dilapor kepada SPRM sekarang, jadi SPRM yang kena siasat. Pejabat kita tidak ada maklumat," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata kenderaan berkenaan tidak pernah berdepan masalah seperti itu ketika Sultan Ismail Petra masih menjadi Sultan Kelantan.

"Saya rasa dulu taklah timbul hal-hal cukai jalan ini dengan JPJ. Saya rasa JPJ ada peraturan yang perlu dipatuhi bila hendak daftar.

"Tuanku dulu sihat, jadi mungkin tuanku urusakan sendiri. Kalau dulu tuanku jadi sultan ada prosedur yang perlu dipatuhi.

"(Dari segi) prosedur kena patuhi dokumen dan benda yang disenarai. Mungkin benda itu mesti diteliti, mungkin ada perkara yang pelanggan kena patuhi," katanya lagi.

Isu berhubung kereta milik keluarga Istana Kelantan telahpun timbul pada Mac tahun lalu apabila Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan saman terhadap kekandanya Sultan Muhammad V berhubung milikan sebuah kereta mewah jenis Bentley Brooklands.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa, kekandanya itu tidak mempunyai hak ke atas kereta berharga lebih RM1.6 juta yang didaftarkan atas nama ayahanda mereka, Sultan Ismail Petra.

Saman berkenaan bagaimanapun ditarik balik tiga bulan kemudian atas perkenan Sultan Ismail Petra dan kereta berkenaan kemudiannya dikembalikan ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

ADS