Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Berikutan aduan DAP, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan terhadap video YouTube yang menuduh DAP bersekongkol merancang kenaikan harga.

NONE Zairil Khir Johari (kiri), setiausaha politik kepada setiausaha

agung DAP, Lim Guan Eng, yang membuat aduan tersebut pada 10 Ogos lalu, dipanggil suruhanjaya itu untuk memberi keterangan hari ini di Kuala Lumpur.

"Pegawainya bertanya sama ada saya mempunyai sebarang idea siapa di belakang video tersebut. Saya kata mungkin ia dilakukan oleh musuh politik DAP yang mempunyai keupayaan kewangan yang besar kerana video itu dibuat secara profesional dengan pelakon profesional, "katanya ketika dihubungi.

Menurut Zairil, pegawai SKMM juga bersetuju bahawa video yang bertajuk 'Sembang Rakyat - Kedai 1Malaysia' itu berkualiti tinggi dan membabitkan bajet besar, dan bukan dihasilkan oleh amatur.

azlan Katanya, mereka juga mengakui bahawa video YouTube adalah

sukar untuk dikesan, tetapi mereka akan cuba untuk melakukan profil pelakon dalam video tersebut dan menggunakan kaedah lain untuk menentukan sumbernya.

Klip lebih lapan minit itu, memaparkan perbualan di kedai kopi di kampung yang tidak dikenali.

Perbualan mereka berkisar di sekitar kedai 1Malaysia dan barang-barang berharga sederhana, dan memberi penjelasan mereka sendiri mengapa harga barangan masa ini semakin meningkat.

Seorang lelaki, yang memainkan watak seorang peniaga Cina yang dikenali sebagai Lim, memberitahu bahawa DAP telah bersekongkol dengan ahli perniagaan Cina untuk menaikkan harga barangan di negara ini.

Menurut  'Lim', ia bertujuan untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang diterajui oleh BN.

[Baca berita penuh]

ADS