Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAIS nafi dakwaan Khalid, rujuk pada peguam
Diterbitkan:  Sep 9, 2011 6:04 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang majlis itu mengadakan perjumpaan untuk menjatuhkan menteri besar Selangor.

Sehubungan itu, MAIS akan merujuk kepada peguam untuk menentukan sama ada satu tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Khalid Samad berhubung dakwaan tersebut.

NONE

Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menyifatkan dakwaan Khalid ( kanan ) itu sebagai "amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan mengelirukan masyarkat Islam, terutamanya di negeri Selangor".

Sebaliknya, tegas beliau, perjumpaan dengan 45 NGO Islam pada 5 Ogos lalu bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu pemeriksaan Geraja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Selain itu, katanya, mesyuarat MAIS Khas diadakan bagi membincangkan agenda yang sama, beberapa hari selepas perjumpaan dengan NGO Islam tersebut.

"MAIS tidak menafikan bahawa antara NGO Islam yang hadir pada perjumpaan tersebut terdiri daripada kakitangan kerajaan, tetapi kehadiran mereka bukanlah mewakili jabatan sebaliknya mewakili NGO yang disertainya.

azlan "Saya yakin tidak sedikit pun ada cubaan untuk menjatuhkan Datuk Menteri Besar Selangor dalam mana-mana institusi Islam di negeri ini.

"Sebaliknya yang kedengaran ialah mereka di sekeliling Datuk Menteri Besar Selangor yang cuba menjatuhkan beliau," tegas Mohamad Adzib.

Beliau berkata, institusi-institusi Islam di Selangor seperti JAIS, jabatan mufti, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau hendaklah tidak digunakan bagi tujuan politik oleh sesuatu kumpulan, individu atau pihak tertentu.

"Malah, inilah yang berlaku selama ini di mana pihak atau  parti politik tertentu menjadikan institusi-institusi agama sebagai tapak menyebarkan agenda politik masing-masing yang boleh mencemarkan kredibiliti institusi tersebut termasuklah kesucian rumah ibadat," katanya.

ADS