Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin tertinggi PAS mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat.

hadi awang and mustafa ali pas pc Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik

berkenaan ditimbulkan untuk "menipu rakyat" serta mengalih perhatian daripada pendedahan masalah dalam sistem pilihan raya.

"Kesannya rakyat ditipu supaya jangan fikir tentang penipuan pilihan raya.

"Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60 tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama," tambahnya.

Dakwaan bahawa  Tanah Melayu "tidak pernah terjajah" itu dikemukakan  sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Abdul Hadi juga bersetuju dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu.

"Kita mahu orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun.

hadi awang and pas leaders on clone voters "Bagaimana pula dengan isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada orang yang lawan mereka.

"Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja.

"Saya mengaji juga sejarah dulu. Masa itu tak ada Umno, tak

ada PAS lagi tapi orang sudah lawan penjajah," katanya lagi dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini.

Pandangan itu juga disambut oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno sebagai "hero (filem) Hindustan yang datang lambat."

"Dia hendak (raih publisiti) dan isytihar bahawa dia yang tewaskan penjajah," katanya.

Tambahnya, ahli akademik yang giat mengutarakan pandangan berhubung isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sepatutnya membantu rakyat untuk memahami perkara itu.

D NONE akwaan bahawa  Tanah Melayu "tidak pernah terjajah" itu dikemukakan  sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang

berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata implikasi daripada dakwaan itu bukanlah perkara kecil.

"Setelah kita terima 54 tahun gagasan konsep (kemerdekaan) kita, bila ahli akademik timbulkan keraguan, maknanya seluruh silibus sejarah terpaksa diubah seluruhna.

"Dan semua kajian yang dapat (ijazah) kedoktoran dan sarjana itu kena batal semuanya sebab salah," katanya yang menambah, Umno juga telah ditipu berhubung sambutan kemerdekaan itu.

Dalam sidang media sama, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpandangan sambutan Hari Kemerdekaan pada 16 September tidak perlu diadakan sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf bahawa Malaysia pernah terjajah.

ADS