Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan tawar biasiswa Mat Sabu belajar semula sejarah
Diterbitkan:  Sep 10, 2011 7:04 PM
Dikemaskini: Sep 11, 2011 1:56 AM

Gerakan sedia menawarkan biasiswa kepada timbalan presiden PAS Mohamad Sabu untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat masih kurang arif mengenai sejarah negara.

    

NONE Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata pemimpin parti pembangkang itu boleh dikatakan buta sejarah selepas melabelkan Mat Indera sebagai wira sebenar dalam kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong.    

    

"Adalah jelas beliau ini buta sejarah, kalau begini, Gerakan bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada beliau supaya belajar semula sejarah di universiti tempatan.

    

"Selain itu, beliau boleh juga belajar sejarah sebenar negara dari pakar-pakar sejarah yang lain seperti Profesor Khoo Khay Kim," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Gerakan di Menara PGRM hari ini.

    

Koh berkata Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu peka dengan perjalanan sejarah negara, dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu mengikut pemahaman sendiri.

    

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecam "Beliau mesti peka dengan apa yang berlaku dalam sejarah negara, dan jika masih gagal memahaminya, Mat Sabu bolehlah dibawa duduk di hadapan Tugu Negara untuk menghayati sejarah itu," katanya.

    

Mat Sabu dalam  ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.   

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS