Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu: Hanya 18 kawasan catat kualiti udara baik
Diterbitkan:  Sep 13, 2011 3:49 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 11 pagi ini menunjukkan 18 kawasan mencatatkan kualiti udara baik dan 34 lagi sederhana.

haze in kl 120609 Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga melaporkan tidak ada kawasan merekodkan IPU tidak sihat.

Menurut laporan JAS menerusi laman webnya lima kawasan mencatatkan IPU paling rendah iaitu empat di Sarawak - Limbang (20), ILP Miri (21), Bintulu (22), dan Sarikei (23), serta Keningau di Sabah dengan bacaan IPU 22.

JAS berkata, keadaan berjerebu dijangka berterusan selama beberapa hari lagi dan orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka selain bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.

 - Bernama

ADS