Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Golongan profesional Malaysia dibayar gaji rendah
Diterbitkan:  Sep 14, 2011 8:23 AM
Dikemaskini: 12:28 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku golongan profesional Malaysia dibayar gaji rendah berbanding rakan mereka di luar negara, sekaligus menghalang usaha mengekalkan serta

menarik mereka yang berbakat bekerja di negara ini.

NONE Beliau berkata meskipun golongan profesional Malaysia bagus, daripada segi gaji, pada skala antarabangsa, mereka tidak dibayar sebaik rakan mereka di negara lain.

"Sudah lama saya menggesa sektor awam dan swasta agar membayar gaji mengikut bakat dan kemahiran pekerja berdasarkan standard antarabangsa.

"Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat kadar gaji kita meningkat dengan mantap seiring produktiviti," katanya pada Persidangan Global Forbes ke-11 di Kuala Lumpur, semalam.

Najib berkata satu usaha yang fokus perlu dilakukan bagi mengekalkan rakyat Malaysia yang berbakat serta berkemahiran untuk terus berada di negara ini selain menarik golongan profesional yang berkhidmat di luar kembali ke tanah air, dan kadar gaji lebih baik boleh menjadi faktor penarik.

azlan Selain itu, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata adalah penting untuk mewujudkan peluang dan kerajaan telah mengambil langkah melaksanakan pelbagai Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Saya yakin jika anda wujudkan peluang, bayar gaji yang lumayan dan tingkatkan produktiviti, kita akan mampu menarik lebih ramai bakat untuk berkhidmat Malaysia," katanya.

Mengenai pemansuhan subsidi, beliau berkata kerajaan akan bertindak berhati-hati bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Najib merujuk beberapa negara Arab yang berdepan masalah ekoran pengangguran dan peningkatan kos hidup.

azlan "Kita amat berhati-hati dengan fakta bahawa peningkatan kos hidup merupakan tanggungjawab yang perlu ditangani kerajaan.

"Jika tidak, dalam demokrasi politik, kerajaan akan menerima tempias, jadi kami komited dalam mengurangkan subsidi secara beransur-ansur, namun pada masa sama, perlu memastikan rakyat tidak dihimpit beban tambahan," katanya.

- Bernama

ADS