Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KITA gantung ahli JK pusat, tamat khidmat setiausaha
Diterbitkan:  Sep 14, 2011 9:23 PM
Dikemaskini: 3:56 PM

Parti KITA yang baru ditubuhkan mengumumkan penggantungan keahlian seorang pemimpin utamanya dan penamatan khidmat setiausaha parti itu.

NONE Mereka adalah anggota jawatankuasa pusat, Muhammad Firdaus Christopher dan setiausaha parti itu, Abd Latif A Tambi.

Menurut setiausaha kerja parti tersebut, Masrum Dayat, Firdaus (kiri) digantung kerana didakwa membuat tohmahan liar yang tidak berasas terhadap parti dan menghina presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

"Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial facebook beliau" kata Masrum dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Parti percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan," kata Masrum sambil menambah KITA adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Masrum juga memaklumkan bahawa lamanweb, twitter dan facebook parti itu tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal.

"Tidak mustahil ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan perkara ini berlaku.

"Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," tambahnya.

Kenyataan itu juga mengucapkan terima kasih kepada Abd Latif yang perkhidmatannya tamat berkuatkuasa hari ini untuk menambah kelicinan pentadbiran parti.

Ketika dihubungi, Firdaus mempersoalkan kesahihan kenyataan tersebut dan berkata ia tidak mengikuti proses sewajarnya.

Sambil menyatakan rasa terperanjat tentang tindakan tersebut, Firdaus berkata tidak ada surat tunjuk sebab atau prosiding tatatertib.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS