Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
P Punithan dilantik setiausaha Pemuda MIC
Diterbitkan:  Sep 14, 2011 11:55 PM
Dikemaskini: Sep 15, 2011 12:23 AM

Anggota exco Pemuda MIC P Punithan dilantik sebagai setiausaha Pemuda MIC yang baru.

Ketua Pemuda MIC T Mohan berkata pelantikan Punithan itu berkuatkuasa serta-merta selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden parti, Datuk G Palanivel.

    

"Saya baru saja menghantar surat pelantikan kepada beliau hari ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

    

Punithan akan mengambil alih jawatan itu daripada C Sivarraajh yang digantung setahun oleh jawatankuasa disiplin parti selepas mengkritik kepimpinan parti kerana mengembalikan semula jawatan beberapa anggota yang dipecat dari parti April tahun lepas.

    

Sivarraajh dilaporkan telah membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan selepas parti membuat keputusan untuk mengembalikan semula jawatan tiga pemimpin -- bekas Timbalan Ketua Pemuda V Mugilan dan dua bekas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) KP Samy serta G Kumar Amaan.

    

Bagaimanapun, CWC yang mengadakan mesyuarat pada hujung tahun lepas, telah mengurangkan tempoh penggantungan Sivarraajh daripada setahun kepada empat bulan yang akan berakhir pada 31 Disember tahun ini.

- Bernama

ADS