Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS dedah pengundi 'Mykad palsu' setiap hari
Diterbitkan:  Sep 15, 2011 4:31 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Mulai hari ini, Pemuda PAS akan mendedahkan setiap hari,  10 pengundi yang didakwa didaftar dengan 'MyKad palsu', dalam usahanya untuk memberi tekanan terhadap kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan pilihan raya.

Ramai nama pemegang MyKad seumpama itu telah dibuang dari senarai daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak dua bulan lepas.

johor pas chief suhaizan kaiat Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat turut menggesa kerajaan segera mendakwa mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan 'MyKad palsu' untuk memanipulasi pilihan raya.

Setiap pengundi ini, kata Suhaizan, mempunyai nama yang

sama dengan pengundi lain, tetapi nombor MyKad berbeza sedikit. Mereka ini dikenali sebagai 'pengundi klon'.

Nama mereka tersenarai dalam daftar pengundi, tetapi dibuang sebaik sahaja didedahkan oleh PAS.

Ada antara mereka yang tidak mempunyai alamat dalam rekod mereka dan ini dikesan dalam lamanweb SPR sebelum nama mereka dibuang.

Motif di sebalik pengeluaran KP

Pemuda PAS mengesyaki MyKad yang dikeluarkan kepada Mereka adalah palsu, bagi membolehkan mereka mengundi dua kali dalam pilihan raya.

Satu contohnya ialah Shodah binti Abdul Rahman, yang mempunyai dua pendaftaran dalam senarai daftar pemilih, dengan dua nombor Mykad yang hampir sama - 550620055800 dan 560620055412 - di kawasan Parlimen Titiwangsa.

Selepas Pemuda PAS mendedahkannya kepada pihak media, SPR telah membuang pendaftaran kedua (560620055412) dari senarai daftar pemilih.

Suhaizan memberitahu sidang akhbar semalam bahawa pihaknya telah mengesan lebih 10,000 kes seumpama itu dalam daftar pemilih yang telah diwartakan.

[Baca berita penuh]

ADS