Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada permohonan maaf, pampasan bagi tahanan ISA
Diterbitkan:  Sep 19, 2011 11:40 AM
Dikemaskini: 3:47 AM

Kerajaan tidak akan memohon maaf atau membayar pampasan kepada bekas tahanan ISA, berikutan pemansuhan undang-undang kuku besi yang digubal pada tahun 1960, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Ini kerana katanya, undang-undang berkenaan dilaksanakan secara sah, melalui kuasa yang diberikan kepada pihak polis.

"Sebagai contoh, jika mencuri bukan lagi satu jenayah, adakah ini bermakna kerajaan harus memohon maaf dan memberi pampasan kepada semua pencuri? Sudah tentu ini tidak boleh dilakukan kerana mencuri adalah kesalahan apabila undang-undang itu dikuatkuasakan.

azlan "Jika kerajaan melakukan sesuatu bertentangan dengan undang-undang, maka ia scenario yang berlainan,” katanya dipetik akhbar harian Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Pada wawancaranya di kediamannya di Kuala Kangsar, Perak, semalam, Nazri berkata mesyuarat jemaah menteri akan datang akan membincangkan isu pengampunan bagi mereka yang masih ditahan di bawah ISA atau Ordinan Darurat tetapi tidak terbabit dengan aktiviti keganasan.

"... kabinet akan bincang ... kita akan dapatkan pandangan polis dan peguam negara. Kerajaan akan mempertimbangkan membebaskan (tahanan).

"Saya sokong (dengan idea membebaskan) mereka yang tidak terlibat dengan keganasan atau mereka yang bukan ancaman kepada keselamatan negara. Kerajaan akan menilai satu per satu kes berasingan. Jika ada bukti mencukupi, kerajaan akan mendakwa mereka di mahkamah, jika tidak mereka akan dibebaskan.”

[Baca berita penuh]

ADS