Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Gerakan kesal dakwaan Benz kelas-S
Diterbitkan:  Sep 20, 2011 7:31 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin telah menafikan bahawa beliau membuat kenyataan mendakwa naib presiden PKR Tian Chua memiliki Mercedes Benz kelas-S.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan akhbar beliau  menjelaskan bahawa dia menggunakan perkataan "menggunakan" dan bukannya "memiliki".

gerakan ndc 311009 lim si pin "Dalam ucapan saya kepada persidangan perwakilan pemuda Gerakan Pulau Pinang tahunan pada 17 Sept, saya ada rujuk bahawa Tian Chua 'menggunakan' Mercedes Benz tetapi saya tidak mengatakan bahawa dia 'memiliki' Mercedes Benz," katanya.

Lim (kiri), bagaimanapun, mengakui bahawa beliau  mungkin telah dikelirukan kereta Chua jenis kelas-F dengan Mercedes kelas-S.

"Saya kesal kerana saya mungkin telah membuat kesilapan dalam mengenal pasti Mercedes Benz kelas-E yang dimiliki oleh Tian Chua dengan Mercedes Benz kelas-S. Kesilapan amat dikesali dan tidak akan berulang lagi."

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Tian Chua mengeluarkan kata-dua semalam untuk Lim memohon maaf atau berdepan dengan saman fitnah.

Dakwaan Lim bahawa ahli parlimen Batu itu memandu kenderaan RM800, 000 dengan gaji RM8, 000, menurut Tian Chua, cuba menyindir kononnya beliau mengamalkan rasuah.

Namun Lim menafikan bahawa beliau menaruh sebarang niat berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS