Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manoharan mohon maaf tapi terus 'diserang'
Diterbitkan:  Sep 21, 2011 7:35 AM
Dikemaskini: Sep 21, 2011 12:40 AM

DAP menganggap isu Jalur Gemilang selesai selepas ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan meminta maaf secara terbuka atas pandangannya yang mahu menukar bendera Malaysia.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08 Malah, menurut setiausaha organisasi kebangsaan DAP Teresa Kok pandangan Manoharan sebenarnya bukanlah melambangkan pendirian DAP atau Pakatan Rakyat.

“Kita tidak pernah mempersoalkan kedudukan Jalur Gemilang sebagai sebagai bendera kebangsaan, jauh lagi dari berhasrat untuk mengubahnya. Ia bukan isu Pakatan,” katanya dipetik oleh organ DAP, Roketkini.

Bagaimana pun, menurut Kok, beliau dan beberapa pimpinan DAP telah pun menasihatkan Manoharan agar lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Manoharan melalui laman Facebook telah pun menyatakan permohonan maaf beliau secara terbuka, yang perihatin untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Melalui Facebook, Manoharan dipetik sebagai berkata, “Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf berhubung komen saya mengenai bendera Malaysia yang telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua.”

NONE Beliau juga telah memadamkan komennya di laman sosial yang menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

Bagi Kok yang juga ahli parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, BN, khususnya Umno tidak seharusnya terus memainkan isu itu, untuk kepentingan politik mereka dengan ‘menyerang’ Manoharan dan Pakatan di media arus perdana.

“Sepatutnya, mereka (pemimpin-pemimpin BN) menumpukan lebih perhatian kepada isu yang jauh lebih penting, iaitu berkenaan penggubalan dua undang-undang baru yang dikatakan akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

najib special address malaysia day 150911 Menurut Kok, BN perlu membuktikan keikhlasan mereka untuk menjadi “negara demokrasi terbaik di dunia” dengan meminda atau lebih baik lagi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, serta akta-akta lain dengan segera seperti yang diumumkan perdana menteri pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah pun menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berhasrat menggantikan Jalur Gemilang jika berjaya membentuk kerajaan.

Salahuddin berkata, apa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat ialah kerajaan BN, bukannya Jalur Gemilang.

“Tak ada salah dan dosa bendera Malaysia. Yang Pakatan Rakyat nak tukar ialah BN bukannya bendera,” katanya.

NONE Tuan Ibrahim pula berkata, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...

“Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS