Penggunaan dakwat kekal pada jari tidak akan menimbulkan sebarang risiko kesihatan jika kandungannya mematuhi perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Rangkaian Pemantau Asia bagi Pilihan Raya bebas (Anfrel).
Ini bermakna, bahan penting dalam dakwat kekal -
silver nitrate
- tidak boleh melebihi 4 peratus jumlah kandungannya, kata pengawai Anfrel, Ichal Supriadi dalam temubual emel dengan Malaysiakini.
Kadar tersebut diperakukan kerana kandungan silver nitrate sintetik yang melebihi 4 peratus boleh merosakkan sistem saraf.
Sesetengah negara, katanya, telah melangkah lebih jauh lagi dengan mensyaratkan kandungan silver nitrate diperolehi daripada sumber semulajadi untuk mengurangkan kemungkinan rasa kegatalan.
"Dakwat kekal Indonesia menggunakan kurang daripada 4 peratus ( silver nitrate ) dan dikawal ketat, dengan hanya ekstrak semulajadi atau herba, yang anti-oksidan dan anti-bakteria, digunakan.
"Rasa kegatalan dan iritasi kulit dapat dielak dengan menggunakan ekstrak semulajadi. Saya percaya saintis Malaysia boleh merumuskan formula ini (yang sesuai dengan spesifikasi di negara ini)," kata Ichal (kiri).
India dan China adalah pengeluar terbesar dakwat kekal dan banyak negara lain kini mula mengeluarkan dakwat sendiri kerana kekangan kos.
[Baca berita penuh]
