Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 portal bahasa Cina bergabung cari pelanggan

Tidak ada apa yang boleh diraikan dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini berhubung pembaharuan dalam media sedangkan kebebasan akhbar masih terhad, kata ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan.

malaysiakini and merdekareview subscription plan lauching 200911 steven gan "Betul, Najib telah memutuskan akhbar tidak perlu memperbaharui lesen mereka setiap tahun, tetapi kerajaan masih boleh menarik semula lesen anda pada bila-bila masa yang mereka mahu - mereka tidak perlu tunggu sehingga anda memperbaharui lesen untuk berbuat demikian.

"Jadi, hakikatnya, ia hanya perubahan yang sangat kecil. Apa yang kita saksikan hanyalah perubahan kosmetik."

Bercakap pada majlis pelancaran bersama model langganan portal berita Malaysiakini edisi bahasa Cina dan Merdeka Review di Kuala Lumpur malam semalam, Gan berkata keputusan yang sukar bagi mengenakan bayaran itu terpaksa diambil oleh edisi bahasa Inggeris sembilan tahun lalu.

NONE "Saya telah berkata berkali-kali, media bebas memerlukan pembiayaan atau dana bebas. Langganan menyumbang sebahagian besar operasi Malaysiakini . Kami memperkenalkan sistem langganan pada tahun 2002. Kita terpaksa melakukannya kerana tidak mempunyai pilihan. Ia usaha terakhir bagi memastikan survival Malaysiakini ."

Merujuk tulisan editorialnya semasa melalui masa-masa yang sukar, Gan berkata Malaysiakini akan memilih menjadi media cetak pada bila-bila masa kerana ia adalah lebih menguntungkan tetapi mendapatkan lesen daripada kerajaan dan memastikan ia kekal dimiliki adalah halangan yang serius ketika itu dan sehingga hari ini.

Katanya, era Internet telah banyak memberi manfaat kepada syarikat-syarikat media seperti Facebook dan Google tetapi pembekal kandungan berita menghadapi cabaran yang sengit.

malaysiakini and merdekareview subscription plan lauching 200911 registering 04 "Media online di Malaysia tidak boleh terus mengharapkan kemurahan hati daripada beberapa jutawan - sebahagian mereka seperti yang kita ketahui sentiasa berubah-ubah pendirian dan ada pula yang mempunyai agenda.

"Jadi, tanpa sokongan anda (pembaca dan pelanggan), tidak akan ada media bebas di Malaysia.

"Wartawan Malaysiakini dan disertai rakan-rakan Merdeka Review telah membuat pilihan mereka.  Sekarang kita serahkan kepada pembaca laman Malaysiakini bahasa Cina dan Merdeka Review untuk membuat keputusan mereka."

[Baca berita penuh]

azlan

ADS