Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bicara kes Guan Eng saman Utusan 11 Januari
Diterbitkan:  Sep 23, 2011 6:45 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

Mahkamah Tinggi George Town hari ini menetapkan 11 hingga 13 Januari 2012 sebagai tarikh sambung bicara kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyaman Utusan Melayu (M) Bhd berhubung satu artikel bertajuk "DEB: Guan Eng Tetap Berdegil" bertarikh 15 Mac 2008.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar keterangan Lim daripada kandang saksi berhubung tuntutan beliau terhadap Utusan Melayu.

    

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim selaku plaintif mendakwa kandungan artikel itu mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat kerana beliau menafikan mengeluarkan perkataan berkenaan semasa membuat sidang media itu.

    

Selepas mendengar keterangan Lim, Nurmala menetapkan tiga hari untuk mendengar keterangan daripada saksi-saksi plaintif dan defendan.

Dalam prosiding itu, Lim diwakili peguam Jagdeep Singh Deo manakala Utusan Melayu yang dinamakan sebagai defendan, diwakili peguam Mohana Kumar.

- Bernama

ADS