Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid: Laporan penuh JAIS diketahui Rabu depan
Diterbitkan:  Sep 25, 2011 8:04 PM
Dikemaskini: Sep 26, 2011 12:44 AM

Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu hanya akan diketahui selepas Rabu depan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE "Hanya selepas hari Rabu kerana biasanya pada setiap hari Rabu, saya akan mengadap Tuanku Sultan," katanya dipetik TV Selangor selepas menghadiri perasmian karnival Nanyang Siang Pau , di Ijok hari ini.   

Jelas Khalid, pada pertemuan setiap Rabu itu, beliau dan Tuanku Sultan Selangor akan membincangkan hal-hal pentadbiran negeri.

3 Ogos lalu, penguatkuasa JAIS didakwa melakukan pemeriksaan ke atas premis Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

NONE Bagaimanapun, dakwaan berkenaan dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan.

Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

Tindakan itu menimbulkan bidasan di pelbagai pihak yang menentang mahupun menyokongnya.

JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan berkata ia hanya satu 'pemeriksaan' selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada majlis 'buka puasa' yang dianjurkan itu.

Siasatan dibuat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Meskipun laporan itu siap minggu lalu, sehingga hari ini JAIS belum mengumumkan keputusan sama ada untuk mendakwa 12 umat Islam yang dikesan sewaktu pemeriksaan berkenaan.

ADS