Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon presiden ahli BN: Pemilhan SNAP ditangguh
Diterbitkan:  Sep 25, 2011 8:14 PM
Dikemaskini: 12:53 PM

Perhimpunan Agung tiga tahun sekali (TGA) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang sepatutnya diadakan pada hari ini, terpaksa ditangguhkan atas masalah teknikal, kata Presidennya Edwin Dundang.

NONE Beliau berkata, TGA akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penangguhan semalam.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang bermesyuarat semalam sebulat suara untuk membatalkan TGA selepas mendapati salah seorang calon untuk bertanding jawatan presiden iaitu Michael Lias adalah anggota sebuah parti politik lain iaitu Parti Progresif Rakyat (PPP).

"Kita tidak tahu Michael anggota kepada PPP sehinggalah kita menerima surat daripada parti tersebut pada 21 September lalu yang menyatakan beliau masih ahli yang sah sejak 14 Sept 2009," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

Berikutan perkara itu, Lias perlu memberi surat tujuk sebab kepada CEC dalam tempoh 30 hari sebelum memberi keputusan sama ada beliau layak untuk kekal dalam SNAP.

Menurutnya SNAP tidak mahu sebarang masalah timbul dalam pemilihan pada TGA yang boleh membawa kepada pembatalan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya, sebagai sebuah parti pembangkang perkara tersebut boleh digunakan oleh pihak lawan dalam politik untuk menjatuhkan SNAP sekali lagi.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa pun dalam perkara ini, namun saya rasakan ada pihak yang mahu melihat SNAP dihapuskan," kata Dundang.

NONE Dalam pada itu, Penasihat SNAP Datuk Seri Daniel Tajem berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam membuat draf perlembagaan SNAP pada awal penubuhannya pada 1968, langkah untuk menangguhkan TGA itu adalah langkah terbaik untuk memastikan parti terbabit kekal hidup sebagai sebuah parti politik di negeri ini.

Katanya, walaupun TGA itu ditangguhkan namun mesyuarat sayapnya iaitu Wanita dan Pemuda SNAP adalah sah dari segi perlembagaan parti.

"Ia (sayap Wanita dan Pemuda SNAP) adalah bahagian yang berasingan mengikut perlembagaan parti dan penangguhan itu (TGA) tidak akan memberi kesan," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS