Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedudukan MCA lebih baik pada PRU-13?
Diterbitkan:  Sep 26, 2011 11:21 AM
Dikemaskini: 4:51 AM

Ahad ini, MCA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-58 (AGM) yang merupakan perhimpunan penting sebelum parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Tidak dipertikaikan, parti komponen BN yang kedua terbesar ini lebih stabil dan kepimpinannya lebih menumpukan pada usaha membina semula parti itu setelah dua tahun bergolak berikutan pencapaian terburuk pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, persoalan sama ada MCA berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi pilihan raya umum?

theng bok book mca pc 190310 Pemimpin akar umbi seperti pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Theng Book mempercayainya.

Beliau memberikan alasan bahawa orang ramai berpuas hati MCA lebih stabil dan parti itu di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah lebih memenuhi kehendak.

    

"Setakat ini saya belum berjumpa dengan sesiapa mengadu mengenai Dr Chua. Mereka agak OK, malah mereka kata beliau berkemampuan. Beliau telah melakukan apa yang sepatutnya, kini terpulanglah kepada masyarakat Cina untuk memutuskan.

"Secara peribadi saya merasakan bahawa dalam keadaan sekarang, apabila parti itu menghadapi ancaman dalam dan luar, beliau (Dr Chua) adalah orang yang paling

baik untuk mengendalikannya.

"Kita tidak mengatakan di bawah Tan Sri Ong Ka Ting, ia tidak OK. Di bawah situasi sekarang, Dr Chua adalah orang yang terbaik untuk mengendalikannya sementara bekas presiden sebelum ini, Datuk Seri Ong Tee Keat lebih bertindak seperti pembangkang," kata beliau.

chua soi lek ong ka ting mca 210706 Ka Ting adalah presiden MCA dari 2006 sehingga Oktober 2008 sementara Tee Keat menerajui parti dari Oktober 2008 sehingga Mac 2010 sebelum digantikan oleh Dr Chua menerusi pemilihan parti untuk menamatkan krisis kepimpinan.

Theng Book berkata tidak logik dengan anggapan bahawa MCA akan berkubur pada pilihan raya umum akan datang, yang pada hakikatnya parti pembangkang DAP tidak dapat menerima pendekatan yang lebih pada keIslaman oleh rakannya dalam pakatan pembangkang, PAS.

"Jika seseorang berkata bahawa MCA akan berkubur pada pilihan raya umum akan datang, seseorang itu sama ada penyokong atau anggota pembangkang parti. Jika anda lihat apa yang mereka telah lakukan setakat ini di sesetengah negeri di bawah kawalannya, ramai yang kecewa kerana janji palsunya," kata beliau.

Penganalisis politik Dr Chin Yew Sing yang mengetuai Pusat Penyelidikan Strategi Oriental, kumpulan pemikir di bawah Persekutuan Persatuan Cina untuk Malaysia (Huazhong) juga percaya parti itu dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata MCA lebih agresif dan lantang menyuarakan isu-isu berkaitan masyarakat Cina.

NONE "Sama ada boleh diselesaikan atau tidak, ia adalah perkara berlainan. Orang tahu bahawa isu-isu itu tidak boleh ditangani dalam sekelip mata. Sama ada MCA berkesan atau tidak, sangat bergantung pada cara BN mengendalikan isu-isu itu. BN kalah pada 2008 bukan kerana pembangkang tetapi kerana dirinya sendiri," kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata MCA dan BN kini dilihat bekerjasama untuk menangani sesetengah isu seperti rasuah, jenayah dan hak asasi manusia serta membiayai sekolah Cina kerana kerajaan telah memperkenalkan pelan transformasi.

Pengasas bersama Pusat Strategic Pengendalian (CENSE), Rita Sim berkata MCA dilihat lebih stabil di bawah kepimpinan Dr Chua yang mengadakan beberapa inisiatif baik seperti Dana Perubatan 1MCA dan Biasiswa 1MCA untuk penerima yang disasarkan.

"Beliau bekerja kerja keras pada lapangan. Sama ada ia berjaya atau tidak, tidak ada sesiapa boleh pastikan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Pastinya, jika MCA tidak melakukan sesuatu, ia akan lebih teruk. MCA telah membuang masa disebabkan pergolakan dalaman," beliau berkata sambil menambah pencapaian MCA juga bergantung pada isu-isu pengundi hadapi ketika pilihan raya hampir serta mood pengundi ketika pilihan raya.

Bagaimanapun, penganalisis politik di Monash University, Dr James Chin tidak percaya MCA dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi pilihan raya umum kerana parti itu masih menghadapi masalah dalaman tetapi mereka menyembunyikan perpecahannya dengan menyampaikan satu barisan bersatu dalam menghadapi pilihan raya.

NONE "Sungguhpun Dr Chua dilihat bergerak di kalangan akar umbi dan cuba sedaya upaya memulihkan parti itu, isu-isu lebih besar ialah bagaimana memilih calon untuk pilihan raya umum. Mesti ada perpecahan.

Saya percaya perpecahan itu akan muncul lagi apabila ramai yang melobi untuk kedudukan, menjelang pilihan raya," kata beliau.

Bukan itu sahaja, beliau berkata MCA menghadapi kesukaran untuk memenangi semula kawasan pilihan raya bandar yang dikenali sebagai kubu kuat pembangkang kerana parti itu masih menghadapi persepsi negatif.

Sementara itu Sim berkata kerusi di kawasan bandar sentiasa sukar untuk MCA tetapi percaya jika BN mampu memperbaiki keputusan, walaupun sedikit, bagi keseluruhan keputusan, ia akan memihak kepadanya.

"Malah ketika tahun-tahun terbaik, tahap sokongan untuk MCA di kerusi ini hanya antara 35 dan 38 peratus. Semasa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum yang keputusannya baik pada 2004, sokongan turun 30 peratus. Kini ia hanya kira-kira 20 hingga 25 peratus.

"Jika (MCA) boleh memperoleh semula antara empat dan lima peratus, keputusan itu sudah pastinya akan lebih baik kerana banyak kerusi kalah dengan majoriti kurang 2,000 undi. Jika anda boleh menurunkan sokongan pembangkang antara empat dan lima peratus di kawasan pilihan raya ini, ia boleh mengimbanginya," kata beliau.

Tumpuan bukan hanya kepada pengundi Cina, tetapi juga India dan Melayu kerana peningkatan sedikit daripada dua kaum ini akan menyumbang pada keputusan yang lebih baik bagi BN.

Seorang lagi penganalisis Khaw Veon Szu menerangkan bahawa tidak ada parti yang boleh menyatukan anggotanya 100 peratus.

"Jika anda boleh peroleh 60 hingga 70 peratus, ia dianggap sangat baik kerana anda boleh buat banyak perkara," katanya.

Walaupun ini, sesetengah penganalisis politik percaya MCA belum lagi memperoleh pendekatan yang betul.

Penganalisis politik di Han Chiang College, Pulau Pinang Datuk Chech See Kian percaya MCA berjuang untuk survival parti daripada menumpukan pada aspirasi rakyat.

"Sebagai contoh, apabila mereka berkata pemimpin MCA tidak akan menerima jawatan kabinet jika mereka kalah pada pilihan raya umum akan datang...ini tidak baik.

"Anda hendaklah memberitahu orang ramai bahawa anda mahu melakukan yang terbanyak, bukan hanya mengekalkan status-quo. MCA mesti menukar strateginya, untuk lebih jujur dan menumpukan pada orang ramai. Rakyat didahulukan, bukan parti," katanya.

-- Bernama

ADS